أهلا وسهلا إلى بلوق الوسائل المعينة للتعليم اللغة العربية ونرجو دعمك

Tuesday, 25 September 2012

Teks Pengerusi Majlis (Perhimpunan Sekolah) Di Dalam Bahasa Arab



Takut apabila disuruh menjadi EMCEE menggunakan
bahasa arab sepenuhnnya untuk perhimpunan di sekolah?
InsyaAllah Blog BBM Bahasa Arab akan membantu anda...


Moga ianya membantu dan bermanfaat untuk anda!

Wednesday, 5 September 2012

Tempahan Flashfelt Huruf Hijaiyyah Baris Atas

  • Terbaruuuuuuu dari Blog BBM Bahasa Arab!
  • Selalu kita dengar flashcard, tetapi ciptaan terbaru ini diberi nama FLASHFELT. 
  • FLASHFELT ialah flashcard daripada kain felt. 
 Terdapat 2 Color sahaja yang tinggal! Dapatkan sekarang sebelum terlambat!!! 

 1. Color : Green Orange

2. Color : Black Pink
  • Insyaallah selamat digigit..tahan lama..cuma jangan ditelan :) 
  • Set HIJAIYAH BARIS ATAS ini lengkap dari huruf ALIF hingga YA.
  • Harga : 
RM 70 - Semenanjung - Termasuk Postage
RM 75 - Sabah Sarawak  - Termasuk Postage
 
* Hubungi saya untuk pertanyaan / tempahan :

Syafiq  : 017 - 5108440 (SMS/Call)
@

Monday, 3 September 2012

Soalan PKSR Bahasa Arab Akhir Tahun 2012

Sila Download Soalan & Skema PKSR Bah. Arab Akhir Tahun :
* Silap sms 017-5108440 (Ust. Syafiq) utk password bg membuka file2 diatas..


Wednesday, 15 August 2012

IDUL FITRI @ BALIK FITRAH

IDUL FITRI @ BALIK FITRAH

Azmi Ahmad

Ketika saya berkira-kira mahu menulis artikel mengenai Hari Raya Fitrah atau Idul Fitri, saya teringat akan ungkapan yang pernah saya dengar daripada guru saya, dan tercatat pula dalam kitab fiqh Hasyiyah Bujairimi ‘ala al-Khatib :
وَلَيْسَ العِيدُ لِمَنْ لَبِسَ الجَدِيدَ بَلْ هُوَ لِمَنْ طَاعَتُهُ تَزِيدُ،
وَلاَ لِمَنْ تَجَمَّلَ بِاللُّبْسِ وَالرُّكُوبِ بَلْ لِمَنْ غُفِرَتْ لَهُ الذُّنُوبُ.
Hari raya bukanlah untuk orang yang berpakaian baru lagi indah.
Hari raya adalah untuk orang yang ketaatannya semakin bertambah.
Hari raya bukanlah untuk orang yang berhias dengan pakaian dan kenderaan.
Hari raya adalah untuk orang yang bersuci daripada dosa dan kederhakaan.

Ungkapan yang berima ini sebenarnya bukan puisi walaupun kelihatan seperti puisi. Puisi bukan sekadar mempunyai rima, puisi juga terbina berasaskan pola dan sukatan suku kata yang tertentu. Berdasarkan kajian ilmu balaghah (retorik), ungkapan ini ialah prosa yang mengandungi unsur saj’, iaitu perulangan bunyi yang sama. Apabila saya mencari-cari puisi yang bertemakan kegembiraan berhari raya dalam antologi puisi yang berjudul al-Mawsu’ah al-Syi’riyyah, saya bertemu dengan puisi gubahan al-Buhturi, lalu saya terjemahkan puisi ini kepada bahasa Melayu dalam bentuk syair Melayu:

فَانْعَمْ بِيَوْمِ الفِطْرِ عَيْنًا إِنَّهُ # يَوْمٌ أَغَرُّ مِنَ الزَّمَانِ مُشَهَّرُ
Sambutlah raya dengan gembira,
Kembali fitrah bahagia sentosa,
Idul Fitri hari yang mulia,
Sudahlah masyhur antara masa.

Al-Buhturi memilih pola irama kamil ketika menyusun puisi yang indah ini. Menurut ahli prosodi Arab, pola irama kamil sesuai digunakan untuk sebarang tema. Sebagai penyair handalan, al-Buhturi tidak hanya mengenakan jubah yang cantik ketika berhari raya, tetapi turut menggubah madah yang indah sebagai juadah sasterawi hari lebaran. Beliau menuangkan ilham rasanya tentang hari raya dalam serangkap puisi untuk dihidangkan kepada khalayak pembaca.

Ketibaan Idul Fitri seolah-olah tidak meriah, dan semacam ada kekurangan jika DJ radio tidak memutarkan lagu Balik Kampung dendangan Allahyarham Sudirman. Lagu yang dikatakan malar hijau ini salah satu lagu raya yang termasuk dalam senarai ‘mesti dengar’ bagi perantau yang berhijrah ke kota. Semangat lagu ini memanggil mereka pulang ke desa pada musim raya, bagaikan burung pulang ke sarang atau ikan pulang ke lubuk. Idul Fitri bukan sekadar persoalan balik kampung. Ada persoalan yang lebih signifikan daripada sekadar suasana balik kampung. Idul Fitri bermaksud balik fitrah. Orang yang benar-benar berpuasa; menahan diri daripada larangan Tuhan, bukan sekadar tidak makan dan tidak minum, akan kembali kepada fitrahnya yang asal; suci daripada dosa dan noda. Puasa dan taubat merupakan detergen yang menyuci segala dosa. Justeru, persoalan yang seharusnya berlegar dalam fikiran kita ialah “Pada hari raya kali ini, saya balik fitrah atau tidak?” bukan semata-mata persoalan “Saya balik kampung atau tidak?”

Manusia dicipta Tuhan dan dilahirkan ke dunia dalam keadaan fitrah. Manusia secara fitrahnya suka akan kebaikan dan benci akan keburukan. Namun, setelah manusia lahir dan kian dewasa, debu duniawi yang melingkarinya secara beransur-ansur menimbus fitrah dirinya. Kian lama dia kian terpengaruh dengan lingkungan. Fitrah dirinya mula tertimbus. Jika angin kesedaran bertiup kencang, fitrahnya akan terserlah semula. Akan tetapi jika dirinya selalu dimanjakan dengan belaian syaitan dan dakapan nafsu, lambat laun akan terbukalah seleranya kepada kejahatan. Mulai saat itu, dia akan kehilangan selera untuk mengerjakan amal salih. Ramadan ialah musim yang terbaik untuk menggali dan menggilap fitrah yang telah tertimbus. Mereka yang berjaya menggali dan menggilap fitrah dirinya pada akhir Ramadan, akan diumumkan sebagai min al-a’idin wa al-faizin, termasuk dalam senarai pemenang perlumbaan kembali kepada fitrah sejati. Madrasah Ramadan akan melahirkan manusia ‘baru’ pada tanggal 1 Syawal. ‘Baru’ tidak dinilai pada pakaiannya tetapi pada hati dan jiwanya. Hati ‘lama’ yang mati akan berganti dengan hati ‘baru’ yang hidup. Hati itu akan hidup berbekalkan tenaga iman yang telah dijana sepanjang Ramadan.

Apabila Ramadan berangkat pergi nanti, jangan timbus fitrah yang telah berjaya digali dan digilap dengan timbunan dosa dan noda yang baru. Janganlah bertindak seperti wanita yang menenun kain pada waktu siang, tetapi merombak kain itu semula pada waktu malam. Kerja yang sebegini ialah kerja yang sia-sia. Berwaspadalah selalu agar fitrah diri tidak tertimbus semula, kerana kita tidak dapat memastikan sama ada kita masih bernyawa atau tidak pada musim menggali dan menggilap fitrah yang akan datang. Ramadan dan Syawal akan tiba lagi, tetapi adakah kita pasti akan tiba ke Ramadan dan Syawal lagi?

24 Ramadan 1434

Monday, 13 August 2012

Salam Eid-Ul-Fitri


Salam Eid-Ul-Fitri buat semua pencinta Bahasa Syurga.. Moga Syawal ini disambut dengan penuh kesederhanaan.. Kullu 'Am Wantum Bi Alfi Kheir!