أهلا وسهلا إلى بلوق الوسائل المعينة للتعليم اللغة العربية ونرجو دعمك

Saturday 29 December 2012

Page BBM Bahasa Arab @ Facebook

Blog BBM Bahasa Arab Mengorak Langkah Ke Hadapan Dengan Mewujudkan Page BBM Bahasa Arab Di Laman Sosial Facebook

Ikuti Kami Di Sini :

"LIKE" Dulu Ya.. :)
https://www.facebook.com/bbmbahasaarab



Wednesday 14 November 2012

BBM PowerPoint B.Arab Tahun 1 & 2 (KSSR)

Terbaru! Menarik! Menghiburkan!

BBM Terbaru berbentuk Power Point.. Amat menarik perhatian murid-murid. Mengikut sukatan buku teks Bahasa Arab Tahun 1 & 2.. Semua Tajuk Disediakan.. Klik dan paparkan pada murid-murid.. Dapatkan segera!

Tajuk Tahun 1 : 

************************************************************************

Tajuk Tahun 2 :



Semua tajuk adalah LENGKAP.. Dapatkannya segera dengan harga amat berpatutan!

Harga :

1. Pakej (Tahun 1 & 2)

RM 35 (Semenanjung) - Termasuk Postage
RM 40 (Sabah Sarawak) - Termasuk Postage

2. Non Pakej (Tahun 1 @ 2)

RM 20 (Semenanjung) - Termasuk Postage
RM 25 (Sabah Sarawak) - Termasuk Postage


* Hubungi saya untuk pertanyaan / tempahan :

Syafiq  : 017 - 5108440 (SMS/Call)
@

Friday 28 September 2012

Doa Kedua Ibu Bapa Mengikut Kaedah Bahasa Arab Yang Tepat

Doa Dua Ibu Bapa 
(Mengikut Kaedah Nahu Yang Betul)

Di sini cuba diperturunkan sedikit panduan sekiranya anda ingin berdoa untuk keampunan dan kesejahteraan kedua ibu bapa.
1. Berdoa Seorang Diri
 
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
2. Anda Menjadi Imam Bagi Adik Beradik Anda (Seibu Sebapa) Sahaja

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa) kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanya mendidik kami pada waktu kecil.

3. Anda Menjadi Imam Orang Lain

Termasuklah kalau anda mengimami solat bersama keluarga sendiri yang terdiri daripada anda, isteri dan anak-anak anda. Apatah lagi kalau anda adalah imam di masjid atau di khalayak ramai.

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) kedua ibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.
Sekiranya anda perhatikan maksud doa dalam kedua-dua situasi terakhir itu nampak macam sama sahaja. Tetapi sebutannya dalam bahasa Arab cukup berbeza. Perkataan walidaina memberi maksud dua orang ibu bapa kami. Ibu bapa yang dimaksudkan adalah orang yang sama kerana mereka berdua juga ibu dan bapa adik beradik anda. Cuma perkataan walidina bermaksud kedua ibubapa-ibubapa kami kerana kedua ibu bapa anda bukannya kedua ibu bapa isteri dan anak-anak anda. Begitu juga mereka bukannya kedua ibu bapa semua makmum anda. Jadi sejumlah ibubapa-ibubapa itulah yang membezakannya.

Tuesday 25 September 2012

Teks Pengerusi Majlis (Perhimpunan Sekolah) Di Dalam Bahasa Arab



Takut apabila disuruh menjadi EMCEE menggunakan
bahasa arab sepenuhnnya untuk perhimpunan di sekolah?
InsyaAllah Blog BBM Bahasa Arab akan membantu anda...


Moga ianya membantu dan bermanfaat untuk anda!

Wednesday 5 September 2012

Tempahan Flashfelt Huruf Hijaiyyah Baris Atas

  • Terbaruuuuuuu dari Blog BBM Bahasa Arab!
  • Selalu kita dengar flashcard, tetapi ciptaan terbaru ini diberi nama FLASHFELT. 
  • FLASHFELT ialah flashcard daripada kain felt. 
 Terdapat 2 Color sahaja yang tinggal! Dapatkan sekarang sebelum terlambat!!! 

 1. Color : Green Orange

2. Color : Black Pink
  • Insyaallah selamat digigit..tahan lama..cuma jangan ditelan :) 
  • Set HIJAIYAH BARIS ATAS ini lengkap dari huruf ALIF hingga YA.
  • Harga : 
RM 70 - Semenanjung - Termasuk Postage
RM 75 - Sabah Sarawak  - Termasuk Postage
 
* Hubungi saya untuk pertanyaan / tempahan :

Syafiq  : 017 - 5108440 (SMS/Call)
@

Monday 3 September 2012

Wednesday 15 August 2012

IDUL FITRI @ BALIK FITRAH

IDUL FITRI @ BALIK FITRAH

Azmi Ahmad

Ketika saya berkira-kira mahu menulis artikel mengenai Hari Raya Fitrah atau Idul Fitri, saya teringat akan ungkapan yang pernah saya dengar daripada guru saya, dan tercatat pula dalam kitab fiqh Hasyiyah Bujairimi ‘ala al-Khatib :
وَلَيْسَ العِيدُ لِمَنْ لَبِسَ الجَدِيدَ بَلْ هُوَ لِمَنْ طَاعَتُهُ تَزِيدُ،
وَلاَ لِمَنْ تَجَمَّلَ بِاللُّبْسِ وَالرُّكُوبِ بَلْ لِمَنْ غُفِرَتْ لَهُ الذُّنُوبُ.
Hari raya bukanlah untuk orang yang berpakaian baru lagi indah.
Hari raya adalah untuk orang yang ketaatannya semakin bertambah.
Hari raya bukanlah untuk orang yang berhias dengan pakaian dan kenderaan.
Hari raya adalah untuk orang yang bersuci daripada dosa dan kederhakaan.

Ungkapan yang berima ini sebenarnya bukan puisi walaupun kelihatan seperti puisi. Puisi bukan sekadar mempunyai rima, puisi juga terbina berasaskan pola dan sukatan suku kata yang tertentu. Berdasarkan kajian ilmu balaghah (retorik), ungkapan ini ialah prosa yang mengandungi unsur saj’, iaitu perulangan bunyi yang sama. Apabila saya mencari-cari puisi yang bertemakan kegembiraan berhari raya dalam antologi puisi yang berjudul al-Mawsu’ah al-Syi’riyyah, saya bertemu dengan puisi gubahan al-Buhturi, lalu saya terjemahkan puisi ini kepada bahasa Melayu dalam bentuk syair Melayu:

فَانْعَمْ بِيَوْمِ الفِطْرِ عَيْنًا إِنَّهُ # يَوْمٌ أَغَرُّ مِنَ الزَّمَانِ مُشَهَّرُ
Sambutlah raya dengan gembira,
Kembali fitrah bahagia sentosa,
Idul Fitri hari yang mulia,
Sudahlah masyhur antara masa.

Al-Buhturi memilih pola irama kamil ketika menyusun puisi yang indah ini. Menurut ahli prosodi Arab, pola irama kamil sesuai digunakan untuk sebarang tema. Sebagai penyair handalan, al-Buhturi tidak hanya mengenakan jubah yang cantik ketika berhari raya, tetapi turut menggubah madah yang indah sebagai juadah sasterawi hari lebaran. Beliau menuangkan ilham rasanya tentang hari raya dalam serangkap puisi untuk dihidangkan kepada khalayak pembaca.

Ketibaan Idul Fitri seolah-olah tidak meriah, dan semacam ada kekurangan jika DJ radio tidak memutarkan lagu Balik Kampung dendangan Allahyarham Sudirman. Lagu yang dikatakan malar hijau ini salah satu lagu raya yang termasuk dalam senarai ‘mesti dengar’ bagi perantau yang berhijrah ke kota. Semangat lagu ini memanggil mereka pulang ke desa pada musim raya, bagaikan burung pulang ke sarang atau ikan pulang ke lubuk. Idul Fitri bukan sekadar persoalan balik kampung. Ada persoalan yang lebih signifikan daripada sekadar suasana balik kampung. Idul Fitri bermaksud balik fitrah. Orang yang benar-benar berpuasa; menahan diri daripada larangan Tuhan, bukan sekadar tidak makan dan tidak minum, akan kembali kepada fitrahnya yang asal; suci daripada dosa dan noda. Puasa dan taubat merupakan detergen yang menyuci segala dosa. Justeru, persoalan yang seharusnya berlegar dalam fikiran kita ialah “Pada hari raya kali ini, saya balik fitrah atau tidak?” bukan semata-mata persoalan “Saya balik kampung atau tidak?”

Manusia dicipta Tuhan dan dilahirkan ke dunia dalam keadaan fitrah. Manusia secara fitrahnya suka akan kebaikan dan benci akan keburukan. Namun, setelah manusia lahir dan kian dewasa, debu duniawi yang melingkarinya secara beransur-ansur menimbus fitrah dirinya. Kian lama dia kian terpengaruh dengan lingkungan. Fitrah dirinya mula tertimbus. Jika angin kesedaran bertiup kencang, fitrahnya akan terserlah semula. Akan tetapi jika dirinya selalu dimanjakan dengan belaian syaitan dan dakapan nafsu, lambat laun akan terbukalah seleranya kepada kejahatan. Mulai saat itu, dia akan kehilangan selera untuk mengerjakan amal salih. Ramadan ialah musim yang terbaik untuk menggali dan menggilap fitrah yang telah tertimbus. Mereka yang berjaya menggali dan menggilap fitrah dirinya pada akhir Ramadan, akan diumumkan sebagai min al-a’idin wa al-faizin, termasuk dalam senarai pemenang perlumbaan kembali kepada fitrah sejati. Madrasah Ramadan akan melahirkan manusia ‘baru’ pada tanggal 1 Syawal. ‘Baru’ tidak dinilai pada pakaiannya tetapi pada hati dan jiwanya. Hati ‘lama’ yang mati akan berganti dengan hati ‘baru’ yang hidup. Hati itu akan hidup berbekalkan tenaga iman yang telah dijana sepanjang Ramadan.

Apabila Ramadan berangkat pergi nanti, jangan timbus fitrah yang telah berjaya digali dan digilap dengan timbunan dosa dan noda yang baru. Janganlah bertindak seperti wanita yang menenun kain pada waktu siang, tetapi merombak kain itu semula pada waktu malam. Kerja yang sebegini ialah kerja yang sia-sia. Berwaspadalah selalu agar fitrah diri tidak tertimbus semula, kerana kita tidak dapat memastikan sama ada kita masih bernyawa atau tidak pada musim menggali dan menggilap fitrah yang akan datang. Ramadan dan Syawal akan tiba lagi, tetapi adakah kita pasti akan tiba ke Ramadan dan Syawal lagi?

24 Ramadan 1434

Monday 13 August 2012

Salam Eid-Ul-Fitri


Salam Eid-Ul-Fitri buat semua pencinta Bahasa Syurga.. Moga Syawal ini disambut dengan penuh kesederhanaan.. Kullu 'Am Wantum Bi Alfi Kheir!

Monday 23 July 2012

Tempahan IPAD ver. Arab


Laptop anda hampir rosak kerana anak2? Takut nak bagi anak main Ipad? 
Jangan risau, kami bersedia memberikan IPAD yang sesuai utk anak2 anda.. Ipad yang penuh dengan aktiviti pembelajaran khususnya bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Arab! Tempahlah sekarang, Harga Mampu Milik!

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Spec :

* Touch Screen *
* Use Batt 3 X Aaa *
* Arabic / English Change *

Function :

• Language : Arabic n English
• Learning Huruf Hijaiyyah
• Spelling Ability
• Find Letter
• Learning Vocabulary
• Mucis Talent
• Indepent Learning
• Orange Colour

Noted :

- Hanya TOUCH SCREEN.  Tak boleh scroll-down seperti real Ipad.
- Fungsi seperti laptop baby yang boleh tekan-tekan tu.
- Image di screen adalah static,  tidak bergerak.
- Icon tak boleh enlarge, unable to connect to wifi, x bole re-install program.
- Tak ade Angry Birds, tak ade fruit Ninja, tak ade Zombie, tak ade Talking Tom :) etc

2 Colour :

Pink Colour 

White Color

Harga :

RM 55 (Semenanjung) - Termasuk Postage
RM 60 (Sabah Sarawak) - Termasuk Postage

Untuk tempahan :
Hubungi saya : MOHD SYAFIQ BIN MURAT
017-5108440 (SMS / Call)
@
PM saya di FB :

Thursday 5 July 2012

Tempahan COP NAMA ANDA (KHAT)

Tempahan dibuka sekarang! Dapatkan cop nama anda dalam khat yg menarik. 
Pilih dan tempah! Hampir 50 jenis khat yg disediakan..
Catalog A
(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Catalog B
(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Catalog C
(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Contoh Cop Khat 
(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)
Harga :

RM 35 (Semenanjung) - Termasuk Postage
RM 40 (Sabah Sarawak) - Termasuk Postage

Cara Tempahan :

1 - Emailkan nama anda dalam tulisan jawi dan sebutkan nombor khat yg menjadi pilihan anda ke : syafique_mw@yahoo.com.my
2 - SMS saya selepas email dihantar di
017 - 510 8440 (Syafiq)
Cara Pembayaran :
(Bank In @ Internet Banking)

1 - Bank in ke BIMB (Bank Islam) : 08013020324534 (MOHD SYAFIQ B. MURAT)
lepas bank in, sms nama penuh dan alamat ke 017-5108440

2 - Maybank Acc - 158220591314 (NOOR SYAFIQAH BT. MURAT)
lepas bank in, sms nama penuh dan alamat ke 017-5108440

3 - BSN acc - 0810041000116994 (MOHD SYAFIQ BIN MURAT)
lepas bank in, sms nama penuh dan alamat ke 017-5108440

 Pertanyaan Lanjut :
* SMS / Call - 0175108440 (Syafiq)
* PM saya di :
 

Thursday 17 May 2012

Tempahan COP JAWI & ARAB

Ustaz2 dan Ustazah2 yang didoakan sentiasa mendapat rahmatNya :
Anda sedang mencari cop tulisan jawi @ arab???? Anda berada di blog yg tepat!!!

Cop Tulisan Jawi (14 jenis cop)

Cop Tulisan Arab (14 jenis cop)


Banyak lagi gambar di sini : Cop Jawi & Arab

Menarik! Berilah semangat pada anak murid ketika memeriksa buku mereka..  Tempahan Cop dibuka sekarang.. Dapatkan cop2 yg comey ini dengan harga paling murah..
 Terdapat 2 set cop.. Jawi & Arab..
1 set ada 14 jenis cop.. 

Semenanjung - HANYA RM60 utk 1 set termasuk POS!
Sabah / Swk - HANYA RM65 utk 1 set termasuk POS!

Untuk tempahan :
Hubungi saya : MOHD SYAFIQ BIN MURAT
017-5108440 (SMS / Call)
@
PM saya di FB :

Monday 14 May 2012

Selamat Hari Guru

Dikesempatan ini, Warga BBM BA ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU untuk semua GURU-GURU..


قُمْ لِلْمُعَلِّم وَفِّهِ تَبْجِيلاً # كَادَ الْمُعَلِّمُ أَنْ يَكُونَ رَسُولا
"Berdiri, hormati dan berilah penghargaan pada guru # 
kerana hampir saja seorang guru itu menjadi rasul "

| SELAMAT HARI GURU |

Saturday 21 April 2012

CD Lagu Bahasa Arab Tahun 1 & 2


Ustaz2 dan Ustazah2 yang didoakan sentiasa mendapat rahmatNya :

Mempersembahkan kepada anda - CD Lagu Bahasa Arab Tahun 1 & 2 ini dibuat selaras dengan kandungan pelajaran KSSR j-QAF..  Dijamin menarik!
Tidak percaya? Sila dengar promo CD..


CD Tahun 1
CD Tahun 2

*****************************************

Menarik bukan? Terdapat 2 CD ( CD Tahun 1 & CD Tahun 2)


Semenanjung - HANYA RM20 utk Setiap Tahun Termasuk POS!
Sabah / Swk - HANYA RM25 utk Setiap Tahun Termasuk POS!

Untuk tempahan :

Hubungi saya : MOHD SYAFIQ BIN MURAT
017-5108440 (SMS / Call)
@
PM saya di FB :
DAPATKAN SEGERA! TERHANGAT DIPASARAN!