أهلا وسهلا إلى بلوق الوسائل المعينة للتعليم اللغة العربية ونرجو دعمك

Friday, 28 September 2012

Doa Kedua Ibu Bapa Mengikut Kaedah Bahasa Arab Yang Tepat

Doa Dua Ibu Bapa 
(Mengikut Kaedah Nahu Yang Betul)

Di sini cuba diperturunkan sedikit panduan sekiranya anda ingin berdoa untuk keampunan dan kesejahteraan kedua ibu bapa.
1. Berdoa Seorang Diri
 
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
2. Anda Menjadi Imam Bagi Adik Beradik Anda (Seibu Sebapa) Sahaja

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa) kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanya mendidik kami pada waktu kecil.

3. Anda Menjadi Imam Orang Lain

Termasuklah kalau anda mengimami solat bersama keluarga sendiri yang terdiri daripada anda, isteri dan anak-anak anda. Apatah lagi kalau anda adalah imam di masjid atau di khalayak ramai.

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) kedua ibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.
Sekiranya anda perhatikan maksud doa dalam kedua-dua situasi terakhir itu nampak macam sama sahaja. Tetapi sebutannya dalam bahasa Arab cukup berbeza. Perkataan walidaina memberi maksud dua orang ibu bapa kami. Ibu bapa yang dimaksudkan adalah orang yang sama kerana mereka berdua juga ibu dan bapa adik beradik anda. Cuma perkataan walidina bermaksud kedua ibubapa-ibubapa kami kerana kedua ibu bapa anda bukannya kedua ibu bapa isteri dan anak-anak anda. Begitu juga mereka bukannya kedua ibu bapa semua makmum anda. Jadi sejumlah ibubapa-ibubapa itulah yang membezakannya.

5 comments:

  1. salam.. tumpang lalu..

    http://ibnrajab.wordpress.com/2008/08/26/doa-bahasa-arab/

    :)

    wassalam

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH ATAS DOA YANG TELAH DIMUAT, SEHINGGA KAMI PAHAM DOA INI

    ReplyDelete
  3. terima kasih. mohon share ye. jzkk :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Terima kasih atas penerangan yang dimaklumkan.

    ReplyDelete
  5. bagaimana pula dengan 'kama robbayana soghiro'? ada juga 'kama robbayana sighoro'..terdapat kekeliruan sedikit kpd saya. Adakah terdapat perbezaan antara soghiro dan sighoro?

    ReplyDelete