Doa Dua Ibu Bapa
(Mengikut Kaedah Nahu Yang Betul)
Di sini cuba diperturunkan sedikit panduan sekiranya anda ingin berdoa untuk keampunan dan kesejahteraan kedua ibu bapa.
1. Berdoa Seorang Diri
Maksudnya:
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan
rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
2. Anda Menjadi Imam Bagi Adik Beradik Anda (Seibu Sebapa) Sahaja
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa) kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanya mendidik kami pada waktu kecil.
3. Anda Menjadi Imam Orang Lain
Termasuklah kalau anda mengimami solat bersama keluarga sendiri yang terdiri daripada anda, isteri dan anak-anak anda. Apatah lagi kalau anda adalah imam di masjid atau di khalayak ramai.
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) kedua ibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.
Sekiranya
anda perhatikan maksud doa dalam kedua-dua situasi terakhir itu nampak
macam sama sahaja. Tetapi sebutannya dalam bahasa Arab cukup berbeza.
Perkataan walidaina memberi
maksud dua orang ibu bapa kami. Ibu bapa yang dimaksudkan adalah orang
yang sama kerana mereka berdua juga ibu dan bapa adik beradik anda. Cuma
perkataan walidina bermaksud
kedua ibubapa-ibubapa kami kerana kedua ibu bapa anda bukannya kedua
ibu bapa isteri dan anak-anak anda. Begitu juga mereka bukannya kedua
ibu bapa semua makmum anda. Jadi sejumlah ibubapa-ibubapa itulah yang
membezakannya.