Doa Dua Ibu Bapa 
(Mengikut Kaedah Nahu Yang Betul)
Di sini cuba diperturunkan sedikit panduan sekiranya anda ingin berdoa untuk keampunan dan kesejahteraan kedua ibu bapa.
1. Berdoa Seorang Diri

Maksudnya:
 Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan 
rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
2. Anda Menjadi Imam Bagi Adik Beradik Anda (Seibu Sebapa) Sahaja
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa) kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanya mendidik kami pada waktu kecil.
3. Anda Menjadi Imam Orang Lain
Termasuklah kalau anda mengimami solat bersama keluarga sendiri yang terdiri daripada anda, isteri dan anak-anak anda. Apatah lagi kalau anda adalah imam di masjid atau di khalayak ramai.
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) kedua ibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.
Sekiranya
 anda perhatikan maksud doa dalam kedua-dua situasi terakhir itu nampak 
macam sama sahaja. Tetapi sebutannya dalam bahasa Arab cukup berbeza. 
Perkataan walidaina memberi
 maksud dua orang ibu bapa kami. Ibu bapa yang dimaksudkan adalah orang 
yang sama kerana mereka berdua juga ibu dan bapa adik beradik anda. Cuma
 perkataan walidina bermaksud
 kedua ibubapa-ibubapa kami kerana kedua ibu bapa anda bukannya kedua 
ibu bapa isteri dan anak-anak anda. Begitu juga mereka bukannya kedua 
ibu bapa semua makmum anda. Jadi sejumlah ibubapa-ibubapa itulah yang 
membezakannya.

salam.. tumpang lalu..
ReplyDeletehttp://ibnrajab.wordpress.com/2008/08/26/doa-bahasa-arab/
:)
wassalam
TERIMA KASIH ATAS DOA YANG TELAH DIMUAT, SEHINGGA KAMI PAHAM DOA INI
ReplyDeleteterima kasih. mohon share ye. jzkk :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih atas penerangan yang dimaklumkan.
ReplyDeletebagaimana pula dengan 'kama robbayana soghiro'? ada juga 'kama robbayana sighoro'..terdapat kekeliruan sedikit kpd saya. Adakah terdapat perbezaan antara soghiro dan sighoro?
ReplyDelete